Wednesday, 23 September 2015

Amalan-amalan Sunat ketika dalam Bulan Zulhijah

Edit Posted by with No comments
Ulangtahun menyambut Hari Raya Qurban adalah sesuatu kemestian sebab bulan Zulhijah merupakan titik KETAATAN hambaNya dalam melakukan suruhan Allah S.W.T. Bulan Zulhijah agak sinonim dengan IBADAH yang terakhir dalam Rukun Islam.

Semestinya antara kita tahu tentang kisah sejarah, antara dugaan-dugaan Nabi Ibrahim a.s yang diterima serta pengorbanan sepanjang menjadi insan pilihan Allah s.w.t. Dalam membina iman dan kesabaran dalam diri menempuhi dugaan. Antara ibadah-ibadah yang dilakukan dalam bulan Zulhijah, ialah salah satunya haji dan umrah (wajib dilakukan kepada umat Islam bagi yang berkemampuan), ibadah korban dan amalan-amalan sunat yang digalakkan kepada kita.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Rasulullah S.A.W bersabda " tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijah) untuk tujuan ibadat serta menghampirkan diri kepada Allah S.W.T.
Bagi yang berkemampuan perlulah tahu antara binatang-binatang yang disyaratkan untuk tujuan korban:
  1. Syarat binatang mestilah tidak cacat, tidak sakit, tidak buta tidak berkurapm dan tidak kurus, maksudnya binatang korban mestilah SIHAT.
  2. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun ke atas.
  3. Kambing biasa yang berusia dua tahun ke atas.
  4. Unta yang berusia lima tahun ke atas.
  5. Lembu atau kerbau yang berusia dua tahun ke atas.

Syarat-syarat orang yang melakukan ibadah korban adalah Islam, baligh serta berakal dan berkemampuan.


Kenapa kita disyariatkan melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan ini?..Antaranya kita menghidupkan kembali erti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ia adalah SIMBOLIK ketaatan dan pengabdian kita kepada Allah s.w.t. Ia menambahkan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam dengan bersedekah kepada yang memerlukan.

Antara amalan-amalan Sunat sepanjang Bulan Zulhijah:

1.  Sunat berpuasa, daripada hari pertama 1 hingga ke lapan.
2.  Hidupkan malam dengan amal ibadah pada hari ke lapan
3.  pada hari ke-9, hidupkan malamnya dengan banyak beribadah di Arafah.

Disunatkan berpuasa bagi yang tidak mengerjakan Haji.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

4.  Pada Hari Raya Haji (ke-10)
- Solat sunat Aidiladha
- Membaca takbir
- melakukan ibadah korban/sedekah

5. Hari tasyrik (11-13hb)
-Hidupkan malam dengan ibadat.
-takbir selepas setiap waktu solat fardhu.

6. hari ke-30..Zulhijah merupkan bulan terakhir sebelum memasukan tahun Hijrah yang baru. Antara amalan sunat dengan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir Tahun.

Doa Akhir Tahun sebelum masuk magrib



Doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu magrib

  Semoga kita dapat memanfaatkan segala amalan ini, dan sekiranya umur panjang mudah-mudahan kita akan ditemukan sekali lagi pada Zulhijah yang akan datang, dan titik perubahan ke arah lebih POSITIF dan MATANG InsyaAllah..

Akhir Sekali..
Salam Aidil Adha kepada umat Islam, dan ampun maaf dipinta bagi pihak saya selaku admin My Lovely House Nine sekiranya terkasar tatkala 'berbicara' dalam dunia CYBER ini..

Sumber rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Dato' Ismail Kamus. Terbitan Telaga Biru
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Atasi masalah penghadaman dan sembelit dengan PRODUK yang mujarab ini!! 


Risaukan makan macam2 ketika Aidilfitri? Takut:1.Masalah ketidakhadaman2. Masalah sembelit3. Masalah Gastrik4....
Posted by My Superhero Vitamin Shop Shaklee on Monday, July 13, 2015
untuk tempahan boleh hubungi 0108224274 (Puan Su)

Friday, 4 September 2015

Teknik memandikan bayi baru lahir part 1

Edit Posted by with No comments
    Bagi bakal ibu baru, cara memandikan bayi mungkin ada yang menggambarkan memandikan bayi sebagai kekok ataupun mungkin amat mudah bagi yang sudah biasa. Memandikan bayi pada kali pertama dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan juga bayi..Bayi memang sukakan air, sebab secara fitrahnya sebelum dilahirkan bayi sangat selesa dengan air didalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari atau mungkin yang mencapai sehingga 40 minggu kandungan.


Ok di entri ini..saya nak kongsikan cara memandikan bayi dengan selamat..bagi yang belum ada pengalaman memandikan bayi..saya akui..memang agak kekok..pastikan anda betul2 mahir memegang bayi yang baru lahir...

Teknik cara memegang bayi ada beberapa cara, bakal ayah baru pun digalakkan untuk belajar ya!


Dalam rajah di atas, seperti yang kita tahu tempurung kepala bayi amatlah lembut (bahagian ubun-ubun perlulah dijaga pada titik MERAH) dan tulang belakang sehingga ke pangkal leher bayi juga masih belum kuat.. apa yang kita perlu pastikan, bahawa PERLU SANGAT berhati-hati ketika mengangkat bayi jika bayi dari keadaan baring. Letakkan sebelah tangan contoh dalam gambar (tangan kanan) di bahagian bawah pertengahan antara kepala dan tengkuk bayi manakala sebelah lagi letakkan tangan perlahan kebawah badan bayi..dan silalah mengangkat dengan perlahan-lahan dan letakkan bayi rapat ke dada ibu/ayah..


Cara memeluk/memegang bayi pula...pastikan pula kepala bayi berehat rapat di dada sperti rajah pertama tu (tangan kiri memengang badan bayi manakala tangan kanan memegang kepala). Tangan kiri cepat dan lembut diletakkan dibawah kepala..seperti bayi tersebut sedang berehat dilengan si ibu/ayah. Dan akhir sekali, alihkan pula tangan kanan tersebut ke atas ( menggantikan tangan kiri tadi) dan kepala bayi kelihatan selesa terletak diatas lengan si ibu/ayah..

Ok dah berjaya memegang bayi dengan betul??
wah Tahniah!..ok kali ini saya selitkan video yang saya import daripada KKM MyHealth: Cara memandikan bayi dengan selamat! Selamat menonton dan selamat mencuba..practice makes perfect! ;-)



Sumber:
http://raisingchildren.net.au/articles/pip_holding_positions.html
https://www.youtube.com/watch?v=ZFNUS7ko8HM

Tuesday, 25 August 2015

Makan pun nak kene fokus

Edit Posted by with No comments
dah lama tak sambung blogging..yelah saya pun bukannya blogger tegar..sekadar platform berkongsi cerita sahaja..
tetiba saya 'tergatal' tangan nak taip kat blog sy yang berhabuk ni..


Memang saya akui,saya agak takut dengan keadaan ekonomi malaysia..saya terdengar juga keluhan peniaga-peniaga..ada yang hilang pelanggan mereka hampir separuh.. ok..sekadar selit2 je lah ya..kang citer lebih lari topik lak..

TOPIK: MAKAN PUN NAK KENE FOKUS!

Topik yang mencakna minda sangat.
ok balik kepada pemakanan..
1.  Saya nak sentuh kepada perubahan HABIT..tabiat kita ketika makan..
pada awal2 saya SUSAH SANGAT NAK TINGGAL NASI,BUAH PISANG tspi bermula dengan mengecilkan saiz hidangan menjadi kecil dan air yang cukup..masuk minggu kedua,saya dah mula switch kepada makanan berasaskan sayur dan buah dan protein. orang kata,bila kita cuba berubah tabiat kita, ia akan memakan masa dalam 2-3 hari juga. dengan SYARAT proses perubahan mesti dilakukan berterusan (biasanya sehingga 23 hari).
2. DISIPLIN...badan kita ada JAM BIO dan MIKROPEMPROSES/CPU BIO (ada ram dan rom..mcm komputer maksud saya)..berprotokol..MENGAPA..badan kita sendiri dijadikan Allah s w t sebagai ciptaan yang sangat Agung..badan kita mempuyai Protokol semulajadi..balik kepada FITRAH semulajadi,anda bertanggungjawab terhadap kepada BADAN yang dicipta ILAHI..
3. Bagaimana kita nak manfaatkan PROTOKOL tubuh badan kita balik fitrah Allah cipta diri kita..bagaimana nak DISIPLIN tu..saya sebut..TULISLAH CODE PROTOKOL atau command diri kita..ye..saya buat DIARI untuk rancang saya akan makan apa dan senaman apa..that's our way in LDL 10:60..

ok..sekian sahaja..dah macam memgajar subjek MIKROPEMPROSES lak kan? siap coding sekali..
jumpa di next entri..Salam Sihat Selalu dari saya..

Monday, 17 August 2015

Baju Kurung Nursing

Edit Posted by with No comments
Dua tahun lepas, selepas melahirkan Shafiy memang duk mencari baju kurung nursing yang elok dan murah. Bagi penggemar baju kurus seperti saya, sehingga kini Cik Puan Siti Zuraimi masih menjalankan bisnes untuk kemudahan ibu-ibu menyusu.

Alhamdulillah dengan baju kurung nursing ni, kainnya taklah panas (kebanyakan kain cotton) dan mudah sangat untuk saya menyusukan anak di mana-mana. Memang rekemen sangat-sangat sesuai ke majlis,waktu pejabat atau berjalan-jalan.

Antara contoh-contoh design baju kurung nursing:

Baju Kurung Nursing Sakinah

** Setiap pembelian baju kurung menyusu akan dapat free gift berupa sepasang pin shawl dan sebiji baby brooch**
 Harga : Rm 75 

Anggaran Ukuran Size (dalam inci):
XS: Bahu 13 - Labuh baju 37 - Lengan 20.5 - Pinggang 26 - Punggung 38 - Labuh kain - 37
S: Bahu 14 - Labuh baju 38 - Lengan 21 - Pinggang 27 - Punggung 38 - Labuh kain - 38
M: Bahu 15 - Labuh baju 40 - Lengan 22 - Pinggang 28 - Punggung 40 - Labuh kain - 40
L: Bahu 16 - Labuh baju 40 - Lengan 23 - Pinggang 30 - Punggung 42 - Labuh kain - 40
XL: Bahu 17 - Labuh baju 40 - Lengan 24 - Pinggang 32 - Punggung 44 - Labuh kain - 40


Harga sangat berpatutan dan taklah mahal sangat dengan FREE GIFT. Saya memakai baju kurung nursing ni ketika saya study di makmal (mengikut waktu pejabat) dan sangat mudah bila tiba sesi mengepam pada waktu rehat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah lawat blog beliau : http://sept3onlinestore.blogspot.com/p/blog-page.html

Atau boleh je SMS/Whatsapp 0111-5327642 (zue) atau emel sept2hree@gmail.com.

Sunday, 16 August 2015

Kehidupan selepas Graduate?

Edit Posted by with No comments
tetiba pula terhendap difikiran Cik Puan MamaSue hari ni..sebab lately ni ramai yang pm FB saya minta pendapat tentang baru habis KONVOKESYEN buat apa? Kerjakah atau sambung belajar?
Habis belajar nak buat apa?

teringat lebih kurang 8 tahun lepas saya ialah pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)..memang ye saya terpengaruh mengambil course sejak saya di Tingkatan 4 di SMK Teknik Segamat. Ada juga guru-guru yang saya masih 'keep-in-touch' sampai sekarang (kerana GURU jasamu ku kenang sampai mati..) OK..belajar course tu makan masa 4 hingga 5 tahun juga mengikut Universiti memang ENJOY. Dah lepas KONVO lak..situasi yang tak pernah diduga ketika itu..SITUASI mencari kerja..Boleh kebanyakan lepasan universiti memang mengalami masalah KAGET nak cari kerja..Kaget nak pergi Interview, Kaget duit poket I..

Resume memang ditabur ke ofis berkenaan sana sini..still lagi tak jumpa kerja yang diminta.Ada juga perasaan ragu-ragu dengan kebolehan sendiri, ada juga ragu-ragu dengan keyakinan diri. Kalau bawa perasaan ragu-ragu tu dik, alamatnya memang susah nak convince kan BOSS/Manager/General Manager. Saya bukan nak menakut-nakutkan bakal graduan universiti..tapi inilah kenyataan dunia sebenar mencari pekerjaan.

Antara masalah-masalah graduan menganggur antara yang dilaporkan oleh Jobstreet.com, :

1. Permohonan gaji yang kurang realistik, maksudnya gaji tak kene dengan kelayakan dan kerja yang diminta. Kajian lepasan yang telah dilakukan pada tahun 2011 oleh sebuah team HR, terhadap 571 orang lepasan graduan yang menghadapi sesi temuduga dan ditolak oleh company tersebut. 64% calon menyatakan gaji yang kurang SESUAI dengan position yang ditawarkan.

2. Kelakuan..

ni Jobstreet kata ..bad character, attitude and personality of the jobseekers (60%)..
Saya pun tak tahulah..mungkin cara beradab sopan ketika bercakap dan pakaian..jangalah selekeh ke tempat interview. Pilihlah pakaian bersesuaian dan sopan. Postur ketika duduk berhadapan penemuduga juga menampakkan bahasa tubuh bahawa anda berminat atau tidak.

3. Komunikasi.

“poor command of English language” (56%).

Husband saya juga merupakan salah seorang panel penemuduga dalam sebuah company di Johor Bahru. Most of candidates memang bermasalah Bahasa Inggeris..saya just nyatakan suara hati daripada pihak suami saya ok.

"52% also felt that fresh graduates lacked good communication skills."
Bukan sahaja bahasa inggeris, bahasa melayu pun bermasalah juga..lain ditanya lain dijawanbnya.

 4. Terlalu memilih pekerjaan

Ada juga yang berharapan tinggi dapat bekerja di company-company multinasional di bawah kelayakan  position yang sepatutnya.

Adik-adik,zaman ekonomi sekarang ni..saya berpendapat jangan terlalu memilih pekerjaan.

Memang betul sesuatu pekerjaan itu perlu untuk dalam jangka masa yang panjang. Tetapi jika dah berusaha dan bukan rezeki kita, perlulah berfikiran 'di luar kotak' dan THINK POSITIF! Sebenarnya kita perlu fikirkan karier yang boleh membuka minda kita lebih daripada yang 'pemikiran biasa-biasa'. Bagi yang masih gagal mendapat peluang pekerjaan, ini bukan masa untuk anda 'menggesek biola lagu sedih' dalam rumah. Boleh bermula mencari side income yang dapat membantu anda memenuhi sekadar keperluan terlebih dahulu. Bisnes pun salah satu sumber pendapatan yang berkat juga.

Pemikiran baru? yang penting I will survive!
Untuk lanjutan dunia belajar pula..saya akan update ke next entri atau mungkin boleh baca entri lama ini: Cabaran Ketika Belajar PHD.

Sunday, 2 August 2015

Pengalaman Jadi Ibu Hamil Baru

Edit Posted by with No comments
Hati wanita mana yang tak suka bila dapat tahu HPT(home pregnancy test) POSITIF!


Lebih kurang  5 bulan saya berkahwin, sepanjang tempoh ada lah juga suara-suara menegur saya x pregy-pregy lagi..rasa gusar juga..takpelah cepat or lambat tu rezeki Allah S.w.t. Adalah juga ikhtiar dengan suplemen (masa tu tak kenal shaklee, saya just makan suplemen drpd klinik panel) dan minum susu Anmum (sebelum saya berkahwin, saya memang tak suka minum susu)..alhamdulillah berkat usaha dan doa, bulan Februari tahun 2011disahkan POSITIF..anak sulung kami M.R Hadi.

Ketika itu memang HAPPY tak terkata..then bermula lah saya mencari ilmu pelbagai mengenai ibu hamil..Antara tidakan-tindakan yang saya buat ialah:

1. Mula membeli buku-buku tentang amalan harian ibu mengandung..masa tu saya sukakan Diari Ibu Hamil daripada cetakan Telaga Biru..so setiap hari saya catat diari sebelum saya tidur..kalau buku ni masih dijual lagi..saya memang rekemen sangat2..




2. Encik GOOGLE-ketika tu sistem android belum wujud, saya mula men'suscribe' babycenter.com ...banyak info-info tentang keadaan kandungan sejak first trimester, second trimester dan third trimester...skrg pun dah byk website best2 siap leh automatik update ke FB kita..skrg pun teknologi IT di hujung jari..leh je cari Apps android atau ios..tinggal nak ke tak nak buat je,

3. Mula bertanyakan ke klinik yang bakal saya lalui pemeriksaan baby dalam kandungan. Dan tarikh yang sepatutnya bagus untuk membuka/daftar buku merah atau pink.

4. Start minum susu ibu hamil..sejak saya single mingle memang tak pernah lah minum susu..memang tak suka minum susu (tekak tak lalulah)...disebabkan si jantung hati saya..totally 100% hidup berubah, tekak jadi lalu..hee tumpang lalu..

5. Nak daftarkan diri dengan buku merah (klinik kerajaan)...haa mulalah misi/jururawat menyiasat itu ini...apa yang diperlukan untuk daftar Buku Merah tu ---> fotostat IC, Sijil Nikah, dan buku merah anak yang terdahulu (kalau hamil anak kedua dan seterusnya)..



6. Dah daftar buku merah, selesai pertemuan dengan pegawai perubatan...nah!kebiasaannya Folic acid sepaket sebagai HADIAH untuk dibawa balik...so jangan SKIP! kata dr kepada saya..Dr bilang "kalau x makan suplemen yang diberi risiko bayi ialah kecacatan neural tiub"...isssh sampai sekarang dah 5 tahun, memang masih ingat lah kata-kata dr tu..

 7. So dah dapat Buku merah dan suplemen...just follow je instructions pegawai atau misi...Start dengan minum air gula (MTT..part ni memang kebanyakan ibu-ibu memang tak suka)..monitor berat badan, BP (tekanan darah) dan HB (hemoglobin)..mesti awal2 tu make sure HB atas 10 (11, 12, 13 tu dah kategori HB cantik..)

8. Dapatkan majalah-majalah yang boleh beri kita info tentang kehamilan dan baby...contoh Pa & Ma..memang saya men'suscribe' setiap bulan..x nak miss..hee

9. Dapatkan juga buku-buku doa dan berzikir serta CD dan juga MP3 (al-quran/zikir)yang boleh dimainkan ketika drive, travel,ketika nak tidur..biar baby cool dan tenang je dalam perut kita..insyaAllah



Masa preggy 5 bulan...ni pun dah rasa perut mcm nak meletupss!
So dengan precious baby bump moment tu..ketika tu suami PJJ..saya di Utara Johor, suami di selatan Johor..hari waktu bekerja memang LONE RANGER..issk issk kesian..nasib baik ada geng ofis yang sweet dan sporting menemani masa tu..Berat paling Best saya pernah capai ms saya preggy anak sulung ialah 91kg..ngee..memang kene diet & senaman lah alamatnya..

So dengan Diari Hamil, Babycenter.com dan buku merah tu memang membantu saya yang LONE RANGER untuk ingatkan diri supaya makan suplemen, dan jaga keselamatan diri di tempat kerja dan dirumah..Alone tu beb! Yang penting dekat dengan Allah S.w.t the Guardian of Universe. Alhamdulillah..

Friday, 31 July 2015

Aidilfitri 2015

Edit Posted by with No comments
hi Selamat Hari Raya semua...Lama tak masuk blog ni..dek sibuk dengan persiapan raya, promo LDL 10:60 & dengan penuhi order barang Shaklee..x menang tangan cet. hee hee



Anyway..raya tahun ni beraya di kampung saya di Segamat..sebab x de sape sgt kt kmpg, so dapat lah juga balik beraya di sana bersama mak abah saya..raya pertama sampai ketiga saya di segamat..

Bila jumpa kawan2 atau yang lps w.a dengan ada yg tanya ttg durian kat kampung...tahun ni x menjadi sangat kat kebun abah saya  cuma yang ada hasil durian orang kampung saya jelah..nak merasa durian segamat call je saya...nanti sy pesan je kat jiran2 saya...selalunya kat kampung memang jenis D24..pahit lagi mantap rasanya..

Hidangan untuk tetamu beraya..siaplah minum air dalam pangsa durian..

tu dia kalau abah saya dah hidang durian lagu tu..makan berjemaah memang sedap...huhu..saya jamah sket jelah..yelah..masih diet LDL 10:60..tp nsb baik berat leh maintain lagi..hee hee.. sebab leh muat lagi lah baju raya saiz M tu..

senang je konsep LDL 10:60 ni..pantangnya ialah janganlah ambil karbo refined sprt nasi putih, gula putih, roti putih sebab ia adalah PERANGKAP! tu adalah serba sedikit apa yang telah diajar oleh Dr Malinda kepada kami..setiap hari Isnin malam selasa..Dr Malinda akan buat ONLINE coaching untuk peserta LDL 10:60 ni..so macam2 lah Dr Malinda ajar based on her experienced dalam konsultansi 200 orang yang menyertai Wight Loss Plan yang ditubuhkan pada tahun 2012. Once dah dapat tahu kita sensitif kepada bahan makanan apa..rasa kurang penatlah nak kira kalori makanan even memang betul kita perlu jaga  kurang daripada 1500 kalori (kalau dulu, setiap kali nak makan, terpaksa google info makanan dengan maklumat kalori..takpun setiap kali nak beli snek mesti belek jadual kat belakang packaging makanan..macam contoh dalam gambar ni?)..dalam setiap packet makanan akan diberikan jadual seperti ini:

Informasi nutrisi
 In conclusion..in my opinion so far, LDL 10:60 mengajar kita lebih senang dan faham serta tahu perkara boleh dan tak boleh untuk kekalkan kesihatan..cara kekalkan tubuh badan dalam keadaan terbaik, ialah pastikan berat badan dalam keadaan ideal.

Tubuh badan dan kesihatan adalah Amanah ALLAH S.W.T