Tuesday, 25 August 2015

Makan pun nak kene fokus

Edit Posted by with No comments
dah lama tak sambung blogging..yelah saya pun bukannya blogger tegar..sekadar platform berkongsi cerita sahaja..
tetiba saya 'tergatal' tangan nak taip kat blog sy yang berhabuk ni..


Memang saya akui,saya agak takut dengan keadaan ekonomi malaysia..saya terdengar juga keluhan peniaga-peniaga..ada yang hilang pelanggan mereka hampir separuh.. ok..sekadar selit2 je lah ya..kang citer lebih lari topik lak..

TOPIK: MAKAN PUN NAK KENE FOKUS!

Topik yang mencakna minda sangat.
ok balik kepada pemakanan..
1.  Saya nak sentuh kepada perubahan HABIT..tabiat kita ketika makan..
pada awal2 saya SUSAH SANGAT NAK TINGGAL NASI,BUAH PISANG tspi bermula dengan mengecilkan saiz hidangan menjadi kecil dan air yang cukup..masuk minggu kedua,saya dah mula switch kepada makanan berasaskan sayur dan buah dan protein. orang kata,bila kita cuba berubah tabiat kita, ia akan memakan masa dalam 2-3 hari juga. dengan SYARAT proses perubahan mesti dilakukan berterusan (biasanya sehingga 23 hari).
2. DISIPLIN...badan kita ada JAM BIO dan MIKROPEMPROSES/CPU BIO (ada ram dan rom..mcm komputer maksud saya)..berprotokol..MENGAPA..badan kita sendiri dijadikan Allah s w t sebagai ciptaan yang sangat Agung..badan kita mempuyai Protokol semulajadi..balik kepada FITRAH semulajadi,anda bertanggungjawab terhadap kepada BADAN yang dicipta ILAHI..
3. Bagaimana kita nak manfaatkan PROTOKOL tubuh badan kita balik fitrah Allah cipta diri kita..bagaimana nak DISIPLIN tu..saya sebut..TULISLAH CODE PROTOKOL atau command diri kita..ye..saya buat DIARI untuk rancang saya akan makan apa dan senaman apa..that's our way in LDL 10:60..

ok..sekian sahaja..dah macam memgajar subjek MIKROPEMPROSES lak kan? siap coding sekali..
jumpa di next entri..Salam Sihat Selalu dari saya..

Monday, 17 August 2015

Baju Kurung Nursing

Edit Posted by with No comments
Dua tahun lepas, selepas melahirkan Shafiy memang duk mencari baju kurung nursing yang elok dan murah. Bagi penggemar baju kurus seperti saya, sehingga kini Cik Puan Siti Zuraimi masih menjalankan bisnes untuk kemudahan ibu-ibu menyusu.

Alhamdulillah dengan baju kurung nursing ni, kainnya taklah panas (kebanyakan kain cotton) dan mudah sangat untuk saya menyusukan anak di mana-mana. Memang rekemen sangat-sangat sesuai ke majlis,waktu pejabat atau berjalan-jalan.

Antara contoh-contoh design baju kurung nursing:

Baju Kurung Nursing Sakinah

** Setiap pembelian baju kurung menyusu akan dapat free gift berupa sepasang pin shawl dan sebiji baby brooch**
 Harga : Rm 75 

Anggaran Ukuran Size (dalam inci):
XS: Bahu 13 - Labuh baju 37 - Lengan 20.5 - Pinggang 26 - Punggung 38 - Labuh kain - 37
S: Bahu 14 - Labuh baju 38 - Lengan 21 - Pinggang 27 - Punggung 38 - Labuh kain - 38
M: Bahu 15 - Labuh baju 40 - Lengan 22 - Pinggang 28 - Punggung 40 - Labuh kain - 40
L: Bahu 16 - Labuh baju 40 - Lengan 23 - Pinggang 30 - Punggung 42 - Labuh kain - 40
XL: Bahu 17 - Labuh baju 40 - Lengan 24 - Pinggang 32 - Punggung 44 - Labuh kain - 40


Harga sangat berpatutan dan taklah mahal sangat dengan FREE GIFT. Saya memakai baju kurung nursing ni ketika saya study di makmal (mengikut waktu pejabat) dan sangat mudah bila tiba sesi mengepam pada waktu rehat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah lawat blog beliau : http://sept3onlinestore.blogspot.com/p/blog-page.html

Atau boleh je SMS/Whatsapp 0111-5327642 (zue) atau emel sept2hree@gmail.com.

Sunday, 16 August 2015

Kehidupan selepas Graduate?

Edit Posted by with No comments
tetiba pula terhendap difikiran Cik Puan MamaSue hari ni..sebab lately ni ramai yang pm FB saya minta pendapat tentang baru habis KONVOKESYEN buat apa? Kerjakah atau sambung belajar?
Habis belajar nak buat apa?

teringat lebih kurang 8 tahun lepas saya ialah pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)..memang ye saya terpengaruh mengambil course sejak saya di Tingkatan 4 di SMK Teknik Segamat. Ada juga guru-guru yang saya masih 'keep-in-touch' sampai sekarang (kerana GURU jasamu ku kenang sampai mati..) OK..belajar course tu makan masa 4 hingga 5 tahun juga mengikut Universiti memang ENJOY. Dah lepas KONVO lak..situasi yang tak pernah diduga ketika itu..SITUASI mencari kerja..Boleh kebanyakan lepasan universiti memang mengalami masalah KAGET nak cari kerja..Kaget nak pergi Interview, Kaget duit poket I..

Resume memang ditabur ke ofis berkenaan sana sini..still lagi tak jumpa kerja yang diminta.Ada juga perasaan ragu-ragu dengan kebolehan sendiri, ada juga ragu-ragu dengan keyakinan diri. Kalau bawa perasaan ragu-ragu tu dik, alamatnya memang susah nak convince kan BOSS/Manager/General Manager. Saya bukan nak menakut-nakutkan bakal graduan universiti..tapi inilah kenyataan dunia sebenar mencari pekerjaan.

Antara masalah-masalah graduan menganggur antara yang dilaporkan oleh Jobstreet.com, :

1. Permohonan gaji yang kurang realistik, maksudnya gaji tak kene dengan kelayakan dan kerja yang diminta. Kajian lepasan yang telah dilakukan pada tahun 2011 oleh sebuah team HR, terhadap 571 orang lepasan graduan yang menghadapi sesi temuduga dan ditolak oleh company tersebut. 64% calon menyatakan gaji yang kurang SESUAI dengan position yang ditawarkan.

2. Kelakuan..

ni Jobstreet kata ..bad character, attitude and personality of the jobseekers (60%)..
Saya pun tak tahulah..mungkin cara beradab sopan ketika bercakap dan pakaian..jangalah selekeh ke tempat interview. Pilihlah pakaian bersesuaian dan sopan. Postur ketika duduk berhadapan penemuduga juga menampakkan bahasa tubuh bahawa anda berminat atau tidak.

3. Komunikasi.

“poor command of English language” (56%).

Husband saya juga merupakan salah seorang panel penemuduga dalam sebuah company di Johor Bahru. Most of candidates memang bermasalah Bahasa Inggeris..saya just nyatakan suara hati daripada pihak suami saya ok.

"52% also felt that fresh graduates lacked good communication skills."
Bukan sahaja bahasa inggeris, bahasa melayu pun bermasalah juga..lain ditanya lain dijawanbnya.

 4. Terlalu memilih pekerjaan

Ada juga yang berharapan tinggi dapat bekerja di company-company multinasional di bawah kelayakan  position yang sepatutnya.

Adik-adik,zaman ekonomi sekarang ni..saya berpendapat jangan terlalu memilih pekerjaan.

Memang betul sesuatu pekerjaan itu perlu untuk dalam jangka masa yang panjang. Tetapi jika dah berusaha dan bukan rezeki kita, perlulah berfikiran 'di luar kotak' dan THINK POSITIF! Sebenarnya kita perlu fikirkan karier yang boleh membuka minda kita lebih daripada yang 'pemikiran biasa-biasa'. Bagi yang masih gagal mendapat peluang pekerjaan, ini bukan masa untuk anda 'menggesek biola lagu sedih' dalam rumah. Boleh bermula mencari side income yang dapat membantu anda memenuhi sekadar keperluan terlebih dahulu. Bisnes pun salah satu sumber pendapatan yang berkat juga.

Pemikiran baru? yang penting I will survive!
Untuk lanjutan dunia belajar pula..saya akan update ke next entri atau mungkin boleh baca entri lama ini: Cabaran Ketika Belajar PHD.

Sunday, 2 August 2015

Pengalaman Jadi Ibu Hamil Baru

Edit Posted by with No comments
Hati wanita mana yang tak suka bila dapat tahu HPT(home pregnancy test) POSITIF!


Lebih kurang  5 bulan saya berkahwin, sepanjang tempoh ada lah juga suara-suara menegur saya x pregy-pregy lagi..rasa gusar juga..takpelah cepat or lambat tu rezeki Allah S.w.t. Adalah juga ikhtiar dengan suplemen (masa tu tak kenal shaklee, saya just makan suplemen drpd klinik panel) dan minum susu Anmum (sebelum saya berkahwin, saya memang tak suka minum susu)..alhamdulillah berkat usaha dan doa, bulan Februari tahun 2011disahkan POSITIF..anak sulung kami M.R Hadi.

Ketika itu memang HAPPY tak terkata..then bermula lah saya mencari ilmu pelbagai mengenai ibu hamil..Antara tidakan-tindakan yang saya buat ialah:

1. Mula membeli buku-buku tentang amalan harian ibu mengandung..masa tu saya sukakan Diari Ibu Hamil daripada cetakan Telaga Biru..so setiap hari saya catat diari sebelum saya tidur..kalau buku ni masih dijual lagi..saya memang rekemen sangat2..




2. Encik GOOGLE-ketika tu sistem android belum wujud, saya mula men'suscribe' babycenter.com ...banyak info-info tentang keadaan kandungan sejak first trimester, second trimester dan third trimester...skrg pun dah byk website best2 siap leh automatik update ke FB kita..skrg pun teknologi IT di hujung jari..leh je cari Apps android atau ios..tinggal nak ke tak nak buat je,

3. Mula bertanyakan ke klinik yang bakal saya lalui pemeriksaan baby dalam kandungan. Dan tarikh yang sepatutnya bagus untuk membuka/daftar buku merah atau pink.

4. Start minum susu ibu hamil..sejak saya single mingle memang tak pernah lah minum susu..memang tak suka minum susu (tekak tak lalulah)...disebabkan si jantung hati saya..totally 100% hidup berubah, tekak jadi lalu..hee tumpang lalu..

5. Nak daftarkan diri dengan buku merah (klinik kerajaan)...haa mulalah misi/jururawat menyiasat itu ini...apa yang diperlukan untuk daftar Buku Merah tu ---> fotostat IC, Sijil Nikah, dan buku merah anak yang terdahulu (kalau hamil anak kedua dan seterusnya)..



6. Dah daftar buku merah, selesai pertemuan dengan pegawai perubatan...nah!kebiasaannya Folic acid sepaket sebagai HADIAH untuk dibawa balik...so jangan SKIP! kata dr kepada saya..Dr bilang "kalau x makan suplemen yang diberi risiko bayi ialah kecacatan neural tiub"...isssh sampai sekarang dah 5 tahun, memang masih ingat lah kata-kata dr tu..

 7. So dah dapat Buku merah dan suplemen...just follow je instructions pegawai atau misi...Start dengan minum air gula (MTT..part ni memang kebanyakan ibu-ibu memang tak suka)..monitor berat badan, BP (tekanan darah) dan HB (hemoglobin)..mesti awal2 tu make sure HB atas 10 (11, 12, 13 tu dah kategori HB cantik..)

8. Dapatkan majalah-majalah yang boleh beri kita info tentang kehamilan dan baby...contoh Pa & Ma..memang saya men'suscribe' setiap bulan..x nak miss..hee

9. Dapatkan juga buku-buku doa dan berzikir serta CD dan juga MP3 (al-quran/zikir)yang boleh dimainkan ketika drive, travel,ketika nak tidur..biar baby cool dan tenang je dalam perut kita..insyaAllah



Masa preggy 5 bulan...ni pun dah rasa perut mcm nak meletupss!
So dengan precious baby bump moment tu..ketika tu suami PJJ..saya di Utara Johor, suami di selatan Johor..hari waktu bekerja memang LONE RANGER..issk issk kesian..nasib baik ada geng ofis yang sweet dan sporting menemani masa tu..Berat paling Best saya pernah capai ms saya preggy anak sulung ialah 91kg..ngee..memang kene diet & senaman lah alamatnya..

So dengan Diari Hamil, Babycenter.com dan buku merah tu memang membantu saya yang LONE RANGER untuk ingatkan diri supaya makan suplemen, dan jaga keselamatan diri di tempat kerja dan dirumah..Alone tu beb! Yang penting dekat dengan Allah S.w.t the Guardian of Universe. Alhamdulillah..