Selalunya bila kita dengar sebut dessert ABC je time cuaca panas ni mesti tekak kita tertelan air liur sket..oopsss...maafkan saya..saya bukan nak menduga awak-awak semua dalam bulan puasa ni dengan rupa dan rasa ABC tu ye..kalau saya blanje gambar ABC tentu saya berdosa kepada awak-awak semua ni..hee
Ok...antara menu sihat yang saya dan keluarga saya sukakan ialah SUP ABC a.k.a Vegie Sup...saya suka sebut ABC supaya saya setkan pada minda saya MAKAN SAYUR tu sedap! makan SAYUR itu hebat!..ye saya memang tak sukakan sayur ketika waktu kecil..tapi bila dah meningkat dewasa ni..bila saya saya sedar sayur itu amatlah penting berbanding daripada NASI..boleh juga sebagai salah satu tips kurus ni..
Oleh sbb itulah,saya namakan sup sayur tu SUP ABC ala sama lah juga dengan warna-warna warni dessert ABC tu..
Oleh sbb itulah,saya namakan sup sayur tu SUP ABC ala sama lah juga dengan warna-warna warni dessert ABC tu..
![]() |
| SUP ABC...macam rupa ABC tak? |
Pada saya...sup nilah paling sedap,murah dan jimat..kenapa saya kata murah? kalau saya beli kesemua bahan-bahan ni..saya boleh buat dua kali masakan..berbanding dulu-dulu saya beli sup ni kat kedai ataupun makanan lain contoh lah eh K*C, M*D, P****H*T, hee saja tak nak terus direct taip kat sini...
Ok nak tak resepinya:
Senang je..
SUP SAYUR ABC
(saja letak..nak sedap lagi leh taruk nama kat belakang sendiri yer..Hee)
Bahan-bahan (hidangan seorang)
1 batang sayur saleri (potong dadu)
1/2 biji bawang besar (di hiris/potong dadu)
1 atau 2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
1 biji kentang (potong dadu)
1 cawan carrot (di potongg dadu)
1 cawan daging ayam dipotong dadu
1 cawan bunga kobis (bunga)
1 cawan brokoli(bunga)
1 cawan lada benggala hijau/kuning/merah (dipotong dadu)
1 paket mini jagung baby
1 cawan tomato (dipotong dadu)
lada sulah secukup rasa
1 sudu teh olive oil/ minyak masak kelapa
air secukupnya
secubit garam
Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali atau pot terlebih dahulu
2. masukkan minyak, dan tunggu seketika kemudian tumiskan bawang putih.
3. kemudian masukkan air sedikit, dan masukkan daging ayam.
4. tunggu daging ayam empuk sedikit (hampir empuk) kemudian masukkan kesemua ingredient. Api di biarkan kecil.
5. Masukkan lada sulah dan garam.
6. Reneh seketika, supaya kesemua bahan mesra.
Dah siap...hiaskan dengan daun sup..kalau tak de daun sup ketumbar pun boleh..ikut citarasa masing-masing kan..
bestnye SUP ABC ni..boleh je kalau nak perisakan Tom Yam..so kene lah add perencah tomyam dan daun limau purut...sure bertambah makan SUP SAYUR ni lagi..
Sekian..kita akan bertemu di next entri ye..


0 comments:
Post a Comment