Sunday, 2 August 2015

Pengalaman Jadi Ibu Hamil Baru

Edit Posted by with No comments
Hati wanita mana yang tak suka bila dapat tahu HPT(home pregnancy test) POSITIF!


Lebih kurang  5 bulan saya berkahwin, sepanjang tempoh ada lah juga suara-suara menegur saya x pregy-pregy lagi..rasa gusar juga..takpelah cepat or lambat tu rezeki Allah S.w.t. Adalah juga ikhtiar dengan suplemen (masa tu tak kenal shaklee, saya just makan suplemen drpd klinik panel) dan minum susu Anmum (sebelum saya berkahwin, saya memang tak suka minum susu)..alhamdulillah berkat usaha dan doa, bulan Februari tahun 2011disahkan POSITIF..anak sulung kami M.R Hadi.

Ketika itu memang HAPPY tak terkata..then bermula lah saya mencari ilmu pelbagai mengenai ibu hamil..Antara tidakan-tindakan yang saya buat ialah:

1. Mula membeli buku-buku tentang amalan harian ibu mengandung..masa tu saya sukakan Diari Ibu Hamil daripada cetakan Telaga Biru..so setiap hari saya catat diari sebelum saya tidur..kalau buku ni masih dijual lagi..saya memang rekemen sangat2..




2. Encik GOOGLE-ketika tu sistem android belum wujud, saya mula men'suscribe' babycenter.com ...banyak info-info tentang keadaan kandungan sejak first trimester, second trimester dan third trimester...skrg pun dah byk website best2 siap leh automatik update ke FB kita..skrg pun teknologi IT di hujung jari..leh je cari Apps android atau ios..tinggal nak ke tak nak buat je,

3. Mula bertanyakan ke klinik yang bakal saya lalui pemeriksaan baby dalam kandungan. Dan tarikh yang sepatutnya bagus untuk membuka/daftar buku merah atau pink.

4. Start minum susu ibu hamil..sejak saya single mingle memang tak pernah lah minum susu..memang tak suka minum susu (tekak tak lalulah)...disebabkan si jantung hati saya..totally 100% hidup berubah, tekak jadi lalu..hee tumpang lalu..

5. Nak daftarkan diri dengan buku merah (klinik kerajaan)...haa mulalah misi/jururawat menyiasat itu ini...apa yang diperlukan untuk daftar Buku Merah tu ---> fotostat IC, Sijil Nikah, dan buku merah anak yang terdahulu (kalau hamil anak kedua dan seterusnya)..



6. Dah daftar buku merah, selesai pertemuan dengan pegawai perubatan...nah!kebiasaannya Folic acid sepaket sebagai HADIAH untuk dibawa balik...so jangan SKIP! kata dr kepada saya..Dr bilang "kalau x makan suplemen yang diberi risiko bayi ialah kecacatan neural tiub"...isssh sampai sekarang dah 5 tahun, memang masih ingat lah kata-kata dr tu..

 7. So dah dapat Buku merah dan suplemen...just follow je instructions pegawai atau misi...Start dengan minum air gula (MTT..part ni memang kebanyakan ibu-ibu memang tak suka)..monitor berat badan, BP (tekanan darah) dan HB (hemoglobin)..mesti awal2 tu make sure HB atas 10 (11, 12, 13 tu dah kategori HB cantik..)

8. Dapatkan majalah-majalah yang boleh beri kita info tentang kehamilan dan baby...contoh Pa & Ma..memang saya men'suscribe' setiap bulan..x nak miss..hee

9. Dapatkan juga buku-buku doa dan berzikir serta CD dan juga MP3 (al-quran/zikir)yang boleh dimainkan ketika drive, travel,ketika nak tidur..biar baby cool dan tenang je dalam perut kita..insyaAllah



Masa preggy 5 bulan...ni pun dah rasa perut mcm nak meletupss!
So dengan precious baby bump moment tu..ketika tu suami PJJ..saya di Utara Johor, suami di selatan Johor..hari waktu bekerja memang LONE RANGER..issk issk kesian..nasib baik ada geng ofis yang sweet dan sporting menemani masa tu..Berat paling Best saya pernah capai ms saya preggy anak sulung ialah 91kg..ngee..memang kene diet & senaman lah alamatnya..

So dengan Diari Hamil, Babycenter.com dan buku merah tu memang membantu saya yang LONE RANGER untuk ingatkan diri supaya makan suplemen, dan jaga keselamatan diri di tempat kerja dan dirumah..Alone tu beb! Yang penting dekat dengan Allah S.w.t the Guardian of Universe. Alhamdulillah..

0 comments:

Post a Comment