![]() |
| Habis belajar nak buat apa? |
teringat lebih kurang 8 tahun lepas saya ialah pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)..memang ye saya terpengaruh mengambil course sejak saya di Tingkatan 4 di SMK Teknik Segamat. Ada juga guru-guru yang saya masih 'keep-in-touch' sampai sekarang (kerana GURU jasamu ku kenang sampai mati..) OK..belajar course tu makan masa 4 hingga 5 tahun juga mengikut Universiti memang ENJOY. Dah lepas KONVO lak..situasi yang tak pernah diduga ketika itu..SITUASI mencari kerja..Boleh kebanyakan lepasan universiti memang mengalami masalah KAGET nak cari kerja..Kaget nak pergi Interview, Kaget duit poket I..
Resume memang ditabur ke ofis berkenaan sana sini..still lagi tak jumpa kerja yang diminta.Ada juga perasaan ragu-ragu dengan kebolehan sendiri, ada juga ragu-ragu dengan keyakinan diri. Kalau bawa perasaan ragu-ragu tu dik, alamatnya memang susah nak convince kan BOSS/Manager/General Manager. Saya bukan nak menakut-nakutkan bakal graduan universiti..tapi inilah kenyataan dunia sebenar mencari pekerjaan.
Antara masalah-masalah graduan menganggur antara yang dilaporkan oleh Jobstreet.com, :
1. Permohonan gaji yang kurang realistik, maksudnya gaji tak kene dengan kelayakan dan kerja yang diminta. Kajian lepasan yang telah dilakukan pada tahun 2011 oleh sebuah team HR, terhadap 571 orang lepasan graduan yang menghadapi sesi temuduga dan ditolak oleh company tersebut. 64% calon menyatakan gaji yang kurang SESUAI dengan position yang ditawarkan.
2. Kelakuan..
ni Jobstreet kata ..bad character, attitude and personality of the jobseekers (60%)..
Saya pun tak tahulah..mungkin cara beradab sopan ketika bercakap dan pakaian..jangalah selekeh ke tempat interview. Pilihlah pakaian bersesuaian dan sopan. Postur ketika duduk berhadapan penemuduga juga menampakkan bahasa tubuh bahawa anda berminat atau tidak.
3. Komunikasi.
“poor command of English language” (56%).
Husband saya juga merupakan salah seorang panel penemuduga dalam sebuah company di Johor Bahru. Most of candidates memang bermasalah Bahasa Inggeris..saya just nyatakan suara hati daripada pihak suami saya ok.
"52% also felt that fresh graduates lacked good communication skills."
Bukan sahaja bahasa inggeris, bahasa melayu pun bermasalah juga..lain ditanya lain dijawanbnya.
4. Terlalu memilih pekerjaan
Ada juga yang berharapan tinggi dapat bekerja di company-company multinasional di bawah kelayakan position yang sepatutnya.
Adik-adik,zaman ekonomi sekarang ni..saya berpendapat jangan terlalu memilih pekerjaan.
Memang betul sesuatu pekerjaan itu perlu untuk dalam jangka masa yang panjang. Tetapi jika dah berusaha dan bukan rezeki kita, perlulah berfikiran 'di luar kotak' dan THINK POSITIF! Sebenarnya kita perlu fikirkan karier yang boleh membuka minda kita lebih daripada yang 'pemikiran biasa-biasa'. Bagi yang masih gagal mendapat peluang pekerjaan, ini bukan masa untuk anda 'menggesek biola lagu sedih' dalam rumah. Boleh bermula mencari side income yang dapat membantu anda memenuhi sekadar keperluan terlebih dahulu. Bisnes pun salah satu sumber pendapatan yang berkat juga.
![]() |
| Pemikiran baru? yang penting I will survive! |



0 comments:
Post a Comment