Friday, 31 July 2015

Aidilfitri 2015

Edit Posted by with No comments
hi Selamat Hari Raya semua...Lama tak masuk blog ni..dek sibuk dengan persiapan raya, promo LDL 10:60 & dengan penuhi order barang Shaklee..x menang tangan cet. hee hee



Anyway..raya tahun ni beraya di kampung saya di Segamat..sebab x de sape sgt kt kmpg, so dapat lah juga balik beraya di sana bersama mak abah saya..raya pertama sampai ketiga saya di segamat..

Bila jumpa kawan2 atau yang lps w.a dengan ada yg tanya ttg durian kat kampung...tahun ni x menjadi sangat kat kebun abah saya  cuma yang ada hasil durian orang kampung saya jelah..nak merasa durian segamat call je saya...nanti sy pesan je kat jiran2 saya...selalunya kat kampung memang jenis D24..pahit lagi mantap rasanya..

Hidangan untuk tetamu beraya..siaplah minum air dalam pangsa durian..

tu dia kalau abah saya dah hidang durian lagu tu..makan berjemaah memang sedap...huhu..saya jamah sket jelah..yelah..masih diet LDL 10:60..tp nsb baik berat leh maintain lagi..hee hee.. sebab leh muat lagi lah baju raya saiz M tu..

senang je konsep LDL 10:60 ni..pantangnya ialah janganlah ambil karbo refined sprt nasi putih, gula putih, roti putih sebab ia adalah PERANGKAP! tu adalah serba sedikit apa yang telah diajar oleh Dr Malinda kepada kami..setiap hari Isnin malam selasa..Dr Malinda akan buat ONLINE coaching untuk peserta LDL 10:60 ni..so macam2 lah Dr Malinda ajar based on her experienced dalam konsultansi 200 orang yang menyertai Wight Loss Plan yang ditubuhkan pada tahun 2012. Once dah dapat tahu kita sensitif kepada bahan makanan apa..rasa kurang penatlah nak kira kalori makanan even memang betul kita perlu jaga  kurang daripada 1500 kalori (kalau dulu, setiap kali nak makan, terpaksa google info makanan dengan maklumat kalori..takpun setiap kali nak beli snek mesti belek jadual kat belakang packaging makanan..macam contoh dalam gambar ni?)..dalam setiap packet makanan akan diberikan jadual seperti ini:

Informasi nutrisi
 In conclusion..in my opinion so far, LDL 10:60 mengajar kita lebih senang dan faham serta tahu perkara boleh dan tak boleh untuk kekalkan kesihatan..cara kekalkan tubuh badan dalam keadaan terbaik, ialah pastikan berat badan dalam keadaan ideal.

Tubuh badan dan kesihatan adalah Amanah ALLAH S.W.T

Wednesday, 8 July 2015

Dalam Mengejar Malam BersamaMu

Edit Posted by with No comments
Pecutan 10 malam terakhir Malam Lailatul Qadar


Susunan Solat Sunat dan amalan menjelang 10 mlm terakhir Ramadhan 1436H..

Awal Pagi
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir

Bersahur
- Solat Sunat Sblm Subuh
- Solat Subuh Berjemaah
- Membaca Surah Al Waqiah

Pagi
- Solat Sunat Dhuha

Tgh
- Solat Sunat Sblm Zuhur
- Solat Zuhur berjemaah
- Solat Sunat Selepas Zohor

Petang
- Solat Sunat Sblm Asar
- Solat Asar berjemaah

Berbuka Puasa
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat Sunat Selepas Maghrib
- Solat Sunat Sblm Isyak
- Solat Isyak Berjemaah
- Solat Sunat Selepas Isyak
- Solat Terawih berjemaah
- Solat witir berjemaah
- Tadarrus / Tilawah Al Quran
- Membaca Surah Al-Mulk
- Istighfar 100x
- Subhanallah Wabihamdih, Subhanallahil Adzim 100x
- Laa ilaaha illallah 100x
- Hasbiyallahu Wani'mal Wakil 100x
- Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaa Ha illallah Allahu Akbar 100 x

Tidor😓

Jangan Lupa bersedekah.. sekadar berpesan pada diri sendiri..

Semoga bermanfaat pd semua jugak..

In Shaa Allah..

Wednesday, 1 July 2015

Tabiat penyebab Obesiti

Edit Posted by with No comments
Ok belanja sket gambar saya chubby dulu-dulu..zaman saya lepas habis degree sambung master..


cik ni ayu sungguh gambar ni..ni time anak dara dululah..berat saya ketika itu 85 kg..dahsyat x? memang ye waktu tu saya suka:

1. Suka makan fast food...sebab kehidupan seorang student memang nak cari makanan yang cepat disedia. pastu waktu tu suka sangat makan McD, KFC dan macam-macam lah..cheesecake tu pun makanan kesukaan saya..

2. suka makan lewat malam..pukul 10 mlm dan kadang kul 1 pagi pun saya masih melantak..kalau tengok tv sampai larut malam pun saya pegi buat nasi goreng..huhu..

3. saya suka makan makanan tinggi kolestrol...haa...kaki ayam goreng, tongkeng ayam goreng, kulit ayam goreng tu kesukaan saya..bak kata tinggi kolestrol tu memang sedap lah..nak sebut lagi ke..ermm...banyak..

4. MALAS BERSENAM...saya selalu kata ala aku hangout pegi shopping mall tu dah kira bersenam...maaf yee tu lah kesilapan saya...menyapu sampah tu pun kata bersenam..

5. Tidur lewat malam...kalau dapat habis download citer movie best-best, pastu layan sampai 2 3 pagi (sampai mata beruang panda gitu)..lifestyle seorang student pun terpaksa stay up lewat malam juga sampai esok nak hantar assigment terketar-ketar lutut jumpa lecturer.

6. Tak suka makan buah-buahan, sayur-sayuran...sy suka makan tempe bukan salah, tapi kurang tepat sket sbb tempe membekalkan sumber protin kalau sayur kebanyakannya membekalkan sumber serat dan vitamin. Kepeerluan nutrisi daripada sayur dan buah-buahan dapat membantu stabilkan metabolisma.

7. Minum air bergas atau perkataan canggih sket air bikarbornat..adalah kegemaran saya setiap hari.sebut jelah semua minuman tu yang penting saya sukakan air orange dan strawberi..Pepsi atau coke biasanya sekali combo dalam hidangan fast food saya.

8. Sukakan makanan manis..gula-gula..kalau x de gula-gula mesti ngantuk dalam kelas..asal masuk kelas/kuliah mesti gula-gula..masuk zaman bekerja pula, asal meeting atau seminar mesti ada gula-gula..

9. Suka makan nasi banyak-banyaaaak...kalau x cukup sepinggan  tambah lagi nak-nak bila lauk sedap..

10. Susah nak minum air kosong yang cukup..dulu saya x sukakan air kosong..sbb tu saya obese!

bila review balik antara habit buruk saya ketika dulu..saya rasakan dahsyat juga lifestyle saya pada waktu dulu..ni dah taubat nak slim, bila dah terhantuk baru terngadah..dah kene sakit itu sakit inilah barulah saya menyesal..namun saya rasa masih belum terlambat untuk mengubahnya..saya lakukan untuk keluarga yang tercinta.

ok kita berjumpa di next entri