Friday, 4 September 2015

Teknik memandikan bayi baru lahir part 1

Edit Posted by with No comments
    Bagi bakal ibu baru, cara memandikan bayi mungkin ada yang menggambarkan memandikan bayi sebagai kekok ataupun mungkin amat mudah bagi yang sudah biasa. Memandikan bayi pada kali pertama dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan juga bayi..Bayi memang sukakan air, sebab secara fitrahnya sebelum dilahirkan bayi sangat selesa dengan air didalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari atau mungkin yang mencapai sehingga 40 minggu kandungan.


Ok di entri ini..saya nak kongsikan cara memandikan bayi dengan selamat..bagi yang belum ada pengalaman memandikan bayi..saya akui..memang agak kekok..pastikan anda betul2 mahir memegang bayi yang baru lahir...

Teknik cara memegang bayi ada beberapa cara, bakal ayah baru pun digalakkan untuk belajar ya!


Dalam rajah di atas, seperti yang kita tahu tempurung kepala bayi amatlah lembut (bahagian ubun-ubun perlulah dijaga pada titik MERAH) dan tulang belakang sehingga ke pangkal leher bayi juga masih belum kuat.. apa yang kita perlu pastikan, bahawa PERLU SANGAT berhati-hati ketika mengangkat bayi jika bayi dari keadaan baring. Letakkan sebelah tangan contoh dalam gambar (tangan kanan) di bahagian bawah pertengahan antara kepala dan tengkuk bayi manakala sebelah lagi letakkan tangan perlahan kebawah badan bayi..dan silalah mengangkat dengan perlahan-lahan dan letakkan bayi rapat ke dada ibu/ayah..


Cara memeluk/memegang bayi pula...pastikan pula kepala bayi berehat rapat di dada sperti rajah pertama tu (tangan kiri memengang badan bayi manakala tangan kanan memegang kepala). Tangan kiri cepat dan lembut diletakkan dibawah kepala..seperti bayi tersebut sedang berehat dilengan si ibu/ayah. Dan akhir sekali, alihkan pula tangan kanan tersebut ke atas ( menggantikan tangan kiri tadi) dan kepala bayi kelihatan selesa terletak diatas lengan si ibu/ayah..

Ok dah berjaya memegang bayi dengan betul??
wah Tahniah!..ok kali ini saya selitkan video yang saya import daripada KKM MyHealth: Cara memandikan bayi dengan selamat! Selamat menonton dan selamat mencuba..practice makes perfect! ;-)



Sumber:
http://raisingchildren.net.au/articles/pip_holding_positions.html
https://www.youtube.com/watch?v=ZFNUS7ko8HM

0 comments:

Post a Comment