Tuesday, 30 June 2015

Rahsia Solat Inspirasi Sihat

Edit Posted by with No comments

Bolehlah saya nak simpulkan antara kebaikan yang boleh didapati bila kita bersolat jemaah ataupun lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan,solat terawih secara berjemaah adalah:

1. Memperkuatkan sistem otot dan tubuh
2. Dapat mengurangkan keletihan.
3. Dapat mengurangkan stres.
4. Meningkatkan daya tumpuan serta fokus.
5. Mengindarkan penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, dan permasalahan yang disebabkan obesiti
6. Merawat sakit pinggang
7. Menguatkan fungsi sistem reproduksi manusia.

Sebenarnya, kalau ikut kajian memang banyak kelebihan bersolat ni..patutlah orang kata kalau 1000 tahun hidup ni..rugi kalau tak sembahyang..heee..Oklah..mari kita fullfill kan dalam bulan Ramadhan ni dengan sempurnanya rukun Islam ni ye..

**artikel ini tiada kaitan untuk menyindir mana-mana pihak atau individu, dan juga tiada kaitan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Artikel yang berkenaan:

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Media tempatan telah mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat. 

Ng Siew Chok - Isyarat Otak 
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.



Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. 

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh 
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.


Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.



Monday, 29 June 2015

Khasiat buah kurma

Edit Posted by with No comments
beberapa hari sebelum bulan puasa My Hubby pegi lah cari kurma di area pasir gudang..kebiasaanya memang dia akan beli di kedai kegemarannya di Taman Bukit Dahlia..memang banyaklah juga kedai barangan arab di area situ..sesampainya My Hubby di rumah, maka berceritalah dia di'offer' oleh seorang tauke kedai tersebut..alkisahnya...dapat makan kurma sebesar segenggam tangan..jadi dia pun merasalah juga..saya tanya kenapa x ambil gmbr?hee jawabnya lupa...aduiss...

Ok ni yg saya google beberapa jenis tamar yang ada di pasaran terkini..


antara khasiat-khasiatnya:

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Sunday, 28 June 2015

SUP ABC

Edit Posted by with No comments
Selalunya bila kita dengar sebut dessert ABC je time cuaca panas ni mesti tekak kita tertelan air liur sket..oopsss...maafkan saya..saya bukan nak menduga awak-awak semua dalam bulan puasa ni dengan rupa dan rasa ABC tu ye..kalau saya blanje gambar ABC tentu saya berdosa kepada awak-awak semua ni..hee

Ok...antara menu sihat yang saya dan keluarga saya sukakan ialah SUP ABC a.k.a Vegie Sup...saya suka sebut ABC supaya saya setkan pada minda saya MAKAN SAYUR tu sedap! makan SAYUR itu hebat!..ye saya memang tak sukakan sayur ketika waktu kecil..tapi bila dah meningkat dewasa ni..bila saya saya sedar sayur itu amatlah penting berbanding daripada NASI..boleh juga sebagai salah satu tips kurus ni..
Oleh sbb itulah,saya namakan sup sayur tu SUP ABC ala sama lah juga dengan warna-warna warni dessert ABC tu..

SUP ABC...macam rupa ABC tak?

Pada saya...sup nilah paling sedap,murah dan jimat..kenapa saya kata murah? kalau saya beli kesemua bahan-bahan ni..saya boleh buat dua kali masakan..berbanding dulu-dulu saya beli sup ni kat kedai ataupun makanan lain contoh lah eh K*C, M*D, P****H*T, hee saja tak nak terus direct taip kat sini...

Ok nak tak resepinya:
Senang je..

SUP SAYUR ABC 
 (saja letak..nak sedap lagi leh taruk nama kat belakang sendiri yer..Hee)

Bahan-bahan (hidangan seorang)

1 batang sayur saleri (potong dadu)
1/2 biji bawang besar (di hiris/potong dadu)
1 atau 2 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
1 biji kentang (potong dadu)
1 cawan carrot (di potongg dadu)
1 cawan daging ayam dipotong dadu
1 cawan bunga kobis (bunga)
1 cawan brokoli(bunga)

1 cawan lada benggala hijau/kuning/merah (dipotong dadu)
1 paket mini jagung baby
1 cawan tomato (dipotong dadu)
lada sulah secukup rasa
1 sudu teh olive oil/ minyak masak kelapa
air secukupnya
secubit garam

Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali atau pot terlebih dahulu
2. masukkan minyak, dan tunggu seketika kemudian tumiskan bawang putih.
3. kemudian masukkan air sedikit, dan masukkan daging ayam.
4. tunggu daging ayam empuk sedikit (hampir empuk) kemudian masukkan kesemua ingredient. Api di biarkan kecil.
5. Masukkan lada sulah dan garam.
6. Reneh seketika, supaya kesemua bahan mesra.

Dah siap...hiaskan dengan daun sup..kalau tak de daun sup ketumbar pun boleh..ikut citarasa masing-masing kan..

bestnye SUP ABC ni..boleh je kalau nak perisakan Tom Yam..so kene lah add perencah tomyam dan daun limau  purut...sure bertambah makan SUP SAYUR ni lagi..

Sekian..kita akan bertemu di next entri ye..

Wednesday, 24 June 2015

My Diary of LDL 10:60 (PART 1)

Edit Posted by with No comments
well..minggu ni adalah miggu ke empat saya menjalani Program LDL 10:60....

alhamdulillah saya start Program LDL 10:60 ni sebelum Bulan Ramadhan dan sudah berjaya menghabiskan ke minggu ke 4 (tinggal lagi 4 minggu je lagi..cayyok2..)..Oklah saya nak ceritalah sedikit pengalaman saya tentang LDL 10:60 ni..mungkin ada yang nak tahu kan apa LDL 10: 60?

LDL 10:60 ni adalah Revolusi perlangsingan dari rumah. Ia mempunyai strategi langsing untuk turunkan berat badan kita sebanyak 10 kg dalam masa 60 hari..ia diasaskan oleh Dr. Malinda yang begitu berpengalaman dalam bidang anti aginf dan estetik. Ikuti profile Dr Malinda dan tentang LDL 10:60 disini.

Minggu Pertama: 

Berat permulaan saya bermula dengan 81.9 kg...masa tu memang saya rasakan diri saya memang dah BIG..selera makan mencanak naik dan minuman manis yang berluasa ketika itu...aduhai..terasa tapak kaki saya sakit setiap kali bangun daripada tidur...mencucuk di bawah tapak kaki..lutut pun semakin sakit...ni dah kira WARNING dah ni..dulu ingat juga kata dr...saya perlu jaga condition URIC ACID dalam badan saya...
So saya dah start fikir..dan kebetulan Dr Malinda baru sahaja tubuhkan LDL 10:60, so dengan LDL 10:60 saya di offer menjadi COACH (sebab boleh generate income sampai 4 angka..so sapa yang tak nak kan?) dan sambil tu saya perlukan dapat berat badan ideal (maksudnya..hee mesti ada yang fahamkan?)

inilah waktunya..minggu pertama berat saya agak flactuate...setiap hari saya di Monitor oleh Dr Malinda..ye setiap hari peserta LDL 10:60 harus mengisi diari langsing supaya kita dapat tahu apa yang trigger badan kita obese maksud saya kesensitifan kita terhapa perkara apa seperti makanan,aktiviti ataupun waktu tidur. Sesetengah individu, mempunyai kesensitifan yang membolehkan berat badan naik..contohlah kalau tidur lewat sampai 2 hingga 3 pagi..bagaimana hormon melatonin nak bekerja dari puku 12 tghmalam sehingga 2 pagi (penting untuk kurus!)..jadi begitulah pentingnya E-Diari perlu merancang dan teliti semula apa yang telah kita lakukan untuk langsing..Dalam 5 hari selama dalam program tersebut..saya dan Dr Malinda trace kenapa berat badan saya tak turun-turun..akhirnya ada satu menu yang kebiasaannya saya makan tu lah penyebab badan saya maintain je..penyebab insulin saya tinggi dan seterusnya perangkap lemak!
Draft Diari LDL 10:60 yang saya catit daily kemudian tranfer ke E-Diari..
Dan pada mulanya saya agak susah juga nak komited dengan senaman..sebab rasakan berat badan saya agak berat...pada permulaan saya mula mendisiplinkan diri dengan berjalan di waktu pagi..hanya berjalan dalam masa 40 minit sudah mencukupi...tetapi saya tahu..saya belum ada kejayaan untuk turunkan berat badan saya lagi...saya pun mula memberanikan diri untuk membuka E-Senaman LDL 10:60..berdasark kata Coach Ad..dia sarankan ikut kemampuan saya..buat kiraan 8-2-8-2-8-2-8...so..Minggu pertama yan agak lewat juga bagi saya untuk mulakan senaman LDL 10:60 yang diberi..tapi...nampak membuahkan hasil sedikit! at least ada,...dari langsung tiada..:D


Minggu Kedua:

Saya dinasihatkan untuk mengelak memakan makanan KARBO 'REFINED'..ya sudah tentulah NASI PUTIH...urrghh...agak susah juga nak tingglkan nasi putih..sebab...profil nasi memang dah ada dalam diri sejak sekian lamanya..namun apalah gunanya hanya nak sedapkan tekak dari mulut hanyalah 4 inci sahaja..pastu masuk perut...Mula-mula saya risaukan diri saya akan lapar kalau tinggalkan NASI PUTIH..jadi saya tukar ke beras perang sebab kebaikan beras perang ialah bran yang ada pada beras perang itulah yang berkualiti..
So far...dan penurunan semakin memberansangkan....adalah juga penurunan tapi penurunan yang agak lambat..dan dalam masa yang sama setelah menghadiri sesi KELAS ONLINE bersama Dr Malinda...saya berpendapat bahawa saya perlu tinggalkan NASI terus...dan perubahan pada diri saya yang berlaku itu ialah SISTEM BADAN mula men'DETOKS'..kerana saya mengamalkan makanan dari makanan yang hi fiber seperti buah dan sayur penuhkan perut saya sekenyang-kenyang yang boleh...Pertama kali tu saya makan salad dan buah penuh pinggan waktu tengah hari....SO...saya tak toleh kanan kiri pun...saya hadap je buah dan sayur2 tu saya kunyah molek-molek...biarlah orang kata saya macam *(&^$##...x nak sebutlah...heee

salah satu contoh hidangan yang saya makan di tengahhari...
 dan saya teruskan juga makan seperti ini di tengahhari dengan menu kemelayuan..
Ok saya share ye apakah antara menu yang saya makan untuk sehari..memang sedap dan kenyang:
Sandwich Ayam sebagai sarapan...tak perlulah lagi saya makan Chicken Foldover jenama M**(sebab dulu saya mmg penggemarnya..)

Lunch saya...siap bawa bekal pula tu..
makan malam saya KERABU MANGGA..nyummy.....

ok next entri pula nanti saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di Minggu Ketiga dan Keempat ...kalau nak citer kat sini..mmg berpinar la mata nak membacanya...




Tuesday, 23 June 2015

Jadual Berbuka Puasa 1436H/2015 bagi negeri Johor

Edit Posted by with No comments
Alhamdulillah sudah 5 hari kita menjalankan ibadah berpuasa...
tapi sampai sekarang tak de hupdate jadual berbuka puasa dan sahur bagi seluruh negeri Johor...bila cik abang saya bertanya..menggagau cari smartphone google jadual pastu save kat smartphone tu..
ok lah nak update lah Jadual Berbuka Puasa bagi negeri Johor untuk rujukan masing-masing..


Ok so far alhamdulillah juga dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan cergas..sebab saya bersahur dengan ESP atau CINCH atau kedua-duanya sekali..mestilah nak kurus sebelum rayakan?

 Untuk awal berpuasa ni..saya lebih suka minum ESP sahaja..sebab kenyang sampai ke petang, dan saya kekal bertenaga..



untuk maklumat lanjut tentang ESP boleh visit my Blog Shop saya tentang ESP..klik je disini

Saturday, 20 June 2015

Pilihan air ketika beriftar/berbuka puasa

Edit Posted by with No comments
Salam semua..ini based on my past experiences..
dulu saya memang minat minum air ber'gas' (bahasa orang kampung) atau short form dia soft drinks macam cokes, pepi, mirinda dan sewaktu dengannya..
sebab tu lah badan saya BAM BAM comel..lebih-lebih lagi masa saya belajar degree dulu..

dan akibatnya..haaa...ambik..urik asid mencanak naik! sampai tangan kaki memang kebas waktu pagi, sakit..doc dah warning sebab saya BIG..aduuii..so kene jaga makan..

Jadi..saya nak u all fikir semula untuk memilih air minuman apa ketika kita beriftar/berbuka...kebanyakan kita memilih air manisan dan juga energy drinks..kalau tengok gambar ni..saya rasa scary ..sbb GULA dia...waduh..waduh...





Antara fakta yang boleh didapati dalam negara jiran kita Australia..pertambahan 6.75kg setahun jika amalkan minuman tinggi gula...AWAS!ini berkaitan bila insulin naik,gula yang berlebihan akan disimpan menjadi lemak..


Awas juga dengan beberapa minuman tenaga sebab secara purata ia juga mengandungi 9 paket gula untuk setiap 600ml..

jadi untuk mencabar diri kita langsing..kita perlu jauhkan minuman-minuman seperti ini..air kosong jugalah yang sesuai sebab 0 kalori dan 0 gula..
mesti bijak bila nak langsing sebelum raya

‪#‎ldl1060‬

Thursday, 18 June 2015

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan 1436H

Edit Posted by with No comments
Hai assalammualaikum semua..
hari ni dah masuk pun hari pertama bulan Ramadhan..

Jom hayati apa itu kebaikan berpuasa:

Apakah kebaikan Berpuasa ?

Puasa sebagai senjata mengawal nafsu. Puasa akan membantu kita untuk mengurangkan ketagihan pada makanan.

The power of fasting and mind setting!

Bila minda bersedia, in shaa Allah, tindakbalas kimia otak juga akan memberi kerjasama. Keseimbangan dopamine dan Serotonin yang lebih baik.

Change Your Tastes,
Transform your brain chemistry,
You will Change Your Body!

Kita bukan sahaja mahu lebih kurus dengan berpuasa tetapi kita mahu apa kesan yang lebih baik yang dapat kita perolehi daripada berpuasa. Jika kita betul-betul faham kenapa Allah wajibkan kita berpuasa dan seluruh kebaikkannnya untuk diri kita, kita pasti excited untuk berpuasa bersungguh-sungguh. Satu anjakan paradigma yang sangat best!



Saturday, 13 June 2015

Rutin Kerja saya

Edit Posted by with No comments
Alhamdulillah sampai hari ini. Masih ada rezeki Allah untuk saya merasa nafas pada hari ini,sihat dan order masuk tak putus..mudah2an berkekalan lama bisnes saya ini..


Elok je dua beradik ni tunggu saya audi di poslaju..biasanya inilah tugas saya selepas consult customer..

Bila saya arahkan si abang hadi jaga adik  cepat2 dia dapatkan adik dua and then suruh duduk..Ok..dah besar..dah pandai menggalas tanggungjawab jadi abang..heee

Then apa lagi lepas tugas courier barang..ajak saya cari ais krim. Hu hu..Ok why not i said to him..he has done a good job..belanja la es krim..pilih rainbow paddle pop! Memang saya bagi diorang makan snek manis sekali seminggu..setiap hari diorang hanya dengan snek buah sahaja..kadang jadi ruji harian makan buah..terutama si abang..skrg si adik pun dah terikut2 makan buah..sebut je buah apa kat hadi semua buah dia dah kenal

Kalau citer pasal hadi sahaja  memang x cukup mula surat la. Hee hee

Ok kita sambung kat next entri..esok sekolah..yeah!

Me with LDL 10:60

Edit Posted by with No comments
ONE of my passion is how to get slim down...

Once upon a time i was known as a BIG girl..big in size...huh the pretty things that very easy to get is 'HOW TO GET RIGHT BLOUSE,SHIRTS and PANTS'...of course i am big maaa..

ok but i realize i must find the perfect match for my life partner..get em slim down..
satu usaha juga dulu sebab ada pengalaman untuk kurus...so jeng-jeng dapat juga kurus sebelum kawen..ngeeee

so..then..i got pregnant of my first son..saiz badan mengembang semula. luckily because my first son was breastfed only by me..then got the small size back! it turn ON-OFF till i got my second son..and at that time, i was  really forgot the healthy food (secara sengaja..ngeee)..makan taram fastfood, hi sugar, hi salt..BOOM! i got sick! i can't stand properly!my finger was numbs every morning (feeling some stiffness!) met the doctor, done my fully package health check with BP lab..they diagnosed me that i was suspected by some athritis gout! Oh my..it was because  of so called 'my healthy'...So the doctor advise me to loss my weight, and avoid the food that cause the uric acid tend to high in body..NO FAST FOOD anymore, No SODA DRINKS! yaay..

and below is my present picture with my second son, shafiy..lots of fun about LDL 10:60..because you can do the exercise with your family..this guy in pi love to sit at my back!..luckily again..i am great fan of taking suplements Shaklee everyday!


Ok if you  wanna know more about LDL 10:60 u can visit the page : 1060slimming.blogspot.com
if you want to join the Program just dial up my phne 0108224274

Berpindah ke blog baru

Edit Posted by with No comments
dahulu buatlah juga blog di www.surayahussin.com disebabkan pada masa itu tak sempat nak updates..so blog tu terpadam dengan kuasa sendirinya..

tak pelah ala kadar je blog ni..simple2 je..nak design hebat-hebat seperti pro memang saya tak mahir..

OK kita akan ke entri seterusnya ya.. tak sabar nak updates lagi..

Love,
mamasue berjuang sampai habis