Wednesday, 23 September 2015

Amalan-amalan Sunat ketika dalam Bulan Zulhijah

Edit Posted by with No comments
Ulangtahun menyambut Hari Raya Qurban adalah sesuatu kemestian sebab bulan Zulhijah merupakan titik KETAATAN hambaNya dalam melakukan suruhan Allah S.W.T. Bulan Zulhijah agak sinonim dengan IBADAH yang terakhir dalam Rukun Islam.

Semestinya antara kita tahu tentang kisah sejarah, antara dugaan-dugaan Nabi Ibrahim a.s yang diterima serta pengorbanan sepanjang menjadi insan pilihan Allah s.w.t. Dalam membina iman dan kesabaran dalam diri menempuhi dugaan. Antara ibadah-ibadah yang dilakukan dalam bulan Zulhijah, ialah salah satunya haji dan umrah (wajib dilakukan kepada umat Islam bagi yang berkemampuan), ibadah korban dan amalan-amalan sunat yang digalakkan kepada kita.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Rasulullah S.A.W bersabda " tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijah) untuk tujuan ibadat serta menghampirkan diri kepada Allah S.W.T.
Bagi yang berkemampuan perlulah tahu antara binatang-binatang yang disyaratkan untuk tujuan korban:
  1. Syarat binatang mestilah tidak cacat, tidak sakit, tidak buta tidak berkurapm dan tidak kurus, maksudnya binatang korban mestilah SIHAT.
  2. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun ke atas.
  3. Kambing biasa yang berusia dua tahun ke atas.
  4. Unta yang berusia lima tahun ke atas.
  5. Lembu atau kerbau yang berusia dua tahun ke atas.

Syarat-syarat orang yang melakukan ibadah korban adalah Islam, baligh serta berakal dan berkemampuan.


Kenapa kita disyariatkan melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan ini?..Antaranya kita menghidupkan kembali erti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ia adalah SIMBOLIK ketaatan dan pengabdian kita kepada Allah s.w.t. Ia menambahkan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam dengan bersedekah kepada yang memerlukan.

Antara amalan-amalan Sunat sepanjang Bulan Zulhijah:

1.  Sunat berpuasa, daripada hari pertama 1 hingga ke lapan.
2.  Hidupkan malam dengan amal ibadah pada hari ke lapan
3.  pada hari ke-9, hidupkan malamnya dengan banyak beribadah di Arafah.

Disunatkan berpuasa bagi yang tidak mengerjakan Haji.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

4.  Pada Hari Raya Haji (ke-10)
- Solat sunat Aidiladha
- Membaca takbir
- melakukan ibadah korban/sedekah

5. Hari tasyrik (11-13hb)
-Hidupkan malam dengan ibadat.
-takbir selepas setiap waktu solat fardhu.

6. hari ke-30..Zulhijah merupkan bulan terakhir sebelum memasukan tahun Hijrah yang baru. Antara amalan sunat dengan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir Tahun.

Doa Akhir Tahun sebelum masuk magrib



Doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu magrib

  Semoga kita dapat memanfaatkan segala amalan ini, dan sekiranya umur panjang mudah-mudahan kita akan ditemukan sekali lagi pada Zulhijah yang akan datang, dan titik perubahan ke arah lebih POSITIF dan MATANG InsyaAllah..

Akhir Sekali..
Salam Aidil Adha kepada umat Islam, dan ampun maaf dipinta bagi pihak saya selaku admin My Lovely House Nine sekiranya terkasar tatkala 'berbicara' dalam dunia CYBER ini..

Sumber rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Dato' Ismail Kamus. Terbitan Telaga Biru
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Atasi masalah penghadaman dan sembelit dengan PRODUK yang mujarab ini!! 


Risaukan makan macam2 ketika Aidilfitri? Takut:1.Masalah ketidakhadaman2. Masalah sembelit3. Masalah Gastrik4....
Posted by My Superhero Vitamin Shop Shaklee on Monday, July 13, 2015
untuk tempahan boleh hubungi 0108224274 (Puan Su)

Friday, 4 September 2015

Teknik memandikan bayi baru lahir part 1

Edit Posted by with No comments
    Bagi bakal ibu baru, cara memandikan bayi mungkin ada yang menggambarkan memandikan bayi sebagai kekok ataupun mungkin amat mudah bagi yang sudah biasa. Memandikan bayi pada kali pertama dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan juga bayi..Bayi memang sukakan air, sebab secara fitrahnya sebelum dilahirkan bayi sangat selesa dengan air didalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari atau mungkin yang mencapai sehingga 40 minggu kandungan.


Ok di entri ini..saya nak kongsikan cara memandikan bayi dengan selamat..bagi yang belum ada pengalaman memandikan bayi..saya akui..memang agak kekok..pastikan anda betul2 mahir memegang bayi yang baru lahir...

Teknik cara memegang bayi ada beberapa cara, bakal ayah baru pun digalakkan untuk belajar ya!


Dalam rajah di atas, seperti yang kita tahu tempurung kepala bayi amatlah lembut (bahagian ubun-ubun perlulah dijaga pada titik MERAH) dan tulang belakang sehingga ke pangkal leher bayi juga masih belum kuat.. apa yang kita perlu pastikan, bahawa PERLU SANGAT berhati-hati ketika mengangkat bayi jika bayi dari keadaan baring. Letakkan sebelah tangan contoh dalam gambar (tangan kanan) di bahagian bawah pertengahan antara kepala dan tengkuk bayi manakala sebelah lagi letakkan tangan perlahan kebawah badan bayi..dan silalah mengangkat dengan perlahan-lahan dan letakkan bayi rapat ke dada ibu/ayah..


Cara memeluk/memegang bayi pula...pastikan pula kepala bayi berehat rapat di dada sperti rajah pertama tu (tangan kiri memengang badan bayi manakala tangan kanan memegang kepala). Tangan kiri cepat dan lembut diletakkan dibawah kepala..seperti bayi tersebut sedang berehat dilengan si ibu/ayah. Dan akhir sekali, alihkan pula tangan kanan tersebut ke atas ( menggantikan tangan kiri tadi) dan kepala bayi kelihatan selesa terletak diatas lengan si ibu/ayah..

Ok dah berjaya memegang bayi dengan betul??
wah Tahniah!..ok kali ini saya selitkan video yang saya import daripada KKM MyHealth: Cara memandikan bayi dengan selamat! Selamat menonton dan selamat mencuba..practice makes perfect! ;-)



Sumber:
http://raisingchildren.net.au/articles/pip_holding_positions.html
https://www.youtube.com/watch?v=ZFNUS7ko8HM