beberapa hari sebelum bulan puasa My Hubby pegi lah cari kurma di area pasir gudang..kebiasaanya memang dia akan beli di kedai kegemarannya di Taman Bukit Dahlia..memang banyaklah juga kedai barangan arab di area situ..sesampainya My Hubby di rumah, maka berceritalah dia di'offer' oleh seorang tauke kedai tersebut..alkisahnya...dapat makan kurma sebesar segenggam tangan..jadi dia pun merasalah juga..saya tanya kenapa x ambil gmbr?hee jawabnya lupa...aduiss...
Ok ni yg saya google beberapa jenis tamar yang ada di pasaran terkini..
antara khasiat-khasiatnya:
1. Kaya dengan zat besi - sangat
sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang
mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8
hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50
hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah
diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka
dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak
langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting
untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu
kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya
untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu
memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh
membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan
buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


0 comments:
Post a Comment